Pada 18 September 2017 (Isnin) Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diberi mandat untuk mengelolakan Program Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan Dengan Pegawai Dan Anggota Institusi Penjara Malaysia Peringkat Zon Utara 1 bertempat di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Susunatur program dimulai dengan Sesi Ceramah Pertama bertajuk ?Di mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung? oleh YBhg. TKJP(P) Dato? Jamaludin bin Saad, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), Sesi Ceramah Kedua bertajuk ?Akur Kepada Aku Janji? oleh KP Ahmad Faudzi bin Haji Awang, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen dan diakhiri dengan Sesi Ceramah Ketiga bertajuk ?Mendepani Cabaran Masa Hadapan? oleh TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme. Selain itu turut diadakan pameran dan jualan Infokraf serta hasil produk Institusi. Matlamat program adalah bertujuan menjelaskan dasar-dasar jabatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemantapan tadbir urus dan pengukuhan integriti perjawatan Jabatan Penjara Malaysia. Kehadiran terdiri daripada (150) orang peserta terdiri daripada Pengarah-Pengarah Penjara Negeri, Pengarah-Pengarah Institusi bersama anggota dan kakitangan Zon Utara 1.
""